Program Transformasi Minda (PTM) Usahawan Mikro Tahun 2018


Program Transformasi Minda (PTM) dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Program ini khusus untuk memberi bimbingan secara hands-on dalam transformasi perniagaan dan juga membantu usahawan menyediakan rancangan perniagaan bagi tujuan pengembangan perniagaan.
PTM terbuka kepada mana-mana usahawan mikro khususnya penjaja dan peniaga kecil yang bertujuan untuk memberikan penekanan dalam aspek latihan dan kemahiran dalam tadbir urus perniagaan yang akan mereka jalani. Melalui program ini, usahawan mikro yang berpotensi dan komited serta memenuhi kriteria dan syarat kelayakan akan ditawarkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan sedia ada.

Pihak KPDNHEP akan menghubungi calon-calon yang terpilih untuk menyertai PTM ini.

PENYERTAAN PERCUMA.

Maklumat yang bertanda (*) wajib diisi


** Klik YA jika Alamat Premis Perniagaan anda sama dengan Alamat Surat Menyurat